Wednesday, September 5, 2018

Kenali Ar Rahnu YaPEIM

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah Yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustees (Incorporation) Act 1952 bertujuan untuk menangani masalah masyarakat secara realistik, bersepadu, strategi dan profesional melalui usaha meningkatkan taraf sosioekonomi di samping membangunkan institusi Islam demi kepentingan pembangunan ummah. Koperasi YaPEIM Berhad (KYB), yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 02 Oktober 2000, telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program Mikro Kredit Ar Rahnu YaPEIM.
Pada 30 Januari 1985 satu Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju pada dasarnya dengan Rancangan Pajak Gadai Islam. Justeru itu, YaPEIM dan Bank Negara Malaysia telah mengambil satu inisiatif dalam menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Skim pada tahun 1992 bagi merealisasikan penubuhan Pajak Gadai Islam yang diperkenalkan dan dilaksanakan melalui Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (1993); Bank Islam Malaysia Berhad (1998) dan Koperasi YaPEIM Berhad (2000 - KINI).
Ar Rahnu YaPEIM telah mengabungkan tiga konsep syariah dalam perlaksanaan skim mikro kredit yang dikenali dengan Ar Rahn, Al Wadiah Yad Dhamanah dan Al Qard.
Konsep pertama yang digunakan adalah Konsep Ar Rahn merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang yang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Manakala Al Wadiah Yad Dhamanah adalah konsep kedua yang digunakan dimana ia merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan dan setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.
Al Qard merupakan konsep ketiga yang digunapakai dan ia merujuk kepada pinjaman yang diberikan mengikut peratusan tertentu daripada nilai marhun dan upah simpan dikenakan tidak berasaskan jumlah pinjaman yang dikeluarkan.
Ar Rahnu YaPEIM telah membuat satu inovasi bagi melancarkan pengoperasian yang dikenali sebagai PERKHIDMATAN KAUNTER BERGERAK AR RAHNU YAPEIM. Inovasi ini direalisasikan bagi menyantuni masyarakat secara lebih meluas bagi menjangkau lokaliti yang tidak mempunyai capaian cawangan statik dengan penambahbaikan perkhidmatan kaunter bergerak yang berperanan YaPEIM sebagai sebuah institusi Pembangunan Sosioekonomi Ummah dalam membantu Masyarakat meningkatkan taraf sosioekonomi melalui perkhidmatan Ar Rahnu YaPEIM.
Selaras dengan penubuhan perkhidmatan Kaunter Bergerak yang membawa tagline “Mendekatkan YaPEIM Kepada Anda” telah diperkenalkan secara berperingkat-peringkat sejak 28 Jun 2015. Sehingga kini, sebanyak tujuh (7) buah Perkhidmatan Kaunter Bergerak Ar Rahnu YaPEIM telah ditempatkan di beberapa Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) yang terpilih di seluruh negara iaitu meliputi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Selangor; Melaka & Negeri Sembilan; Perak; Kedah, Perlis & Pulau Pinang; Pahang; Terengganu dan Sabah.
Pendekatan ini merupakan langkah proaktif dan inovatif dalam menawarkan perkhidmatan Program Mikro Kredit Ar Rahnu (Pajak Gadai Islam) di lokaliti yang tidak mempunyai cawangan statik Ar Rahnu YaPEIM kepada masyarakat khususnya di kawasan-kawasan kekurangan kemudahan perbankan dan kemudahan lain yang diperlukan sebagai prasyarat kewujudan bagi sesebuah cawangan.
Antara peranan kaunter bergerak ini adalah sebagai sebuah Institusi Pembangunan Sosioekonomi Ummah Dalam Membantu Masyarakat Meningkatkan Taraf Sosioekonomi Melalui Perkhidmatan Ar Rahnu YaPEIM; menjadi sebuah Institusi Yang Komplemen Terhadap Usaha-Usaha Kerajaan Dalam Membangun Ekonomi Dan Mensejahterakan Rakyat; Meningkatkan Sistem, Kualiti Penyampaian, Kecekapan, Produktiviti merekayasa pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan masyarakat dan Nilai Tambah Kepada Perkhidmatan Ar Rahnu YaPEIM Melalui Cawangan Statik Kepada Kaunter Bergerak.
Rekabentuk PKBY berkonsepkan sebuah cawangan Ar Rahnu YaPEIM statik dimana ianya menitikberatkan aspek keselamatan dan keselesaan pelaggan. Selain dari itu, terdapat beberapa penambahan elemen inovasi pada ruang pemanduan, ruang urusniaga, ruang menunggu, ruang keselamatan dan ruang staf.
PKBY juga merupakan ‘pusat sehentian’ yang menghimpunkan kesemua produk atau informasi berkaitan YaPEIM serta agensi di mana para pengunjung dapat mengakses maklumat-maklumat serta perkhidmatan yang disediakan.
Pelbagai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh PKBY bagi menyantuni penduduk setempat dimana pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan percuma pengujian ketulenan emas dan cuci emas.
Selain itu, Perkhidmatan Pembelian dan Penjualan emas; Transaksi gadaian Ar Rahnu YaPEIM; Transaksi tabungan / simpanan Tabung Ibadah Qurban YaPEIM; Pembelian Produk Barang Kemas keluaran YaPEIM Gold; Urusniaga Akaun Simpanan Khas (Penyimpanan / Pengeluaran) juga disediakan.
Sehingga kini, jumlah program-program yang telah dilaksanakan adalah sebanyak 457 program dan PKBY telah menyantuni masyarakat seramai 46,691 Orang diseluruh negara.
- Ar Rahnu YaPEIM (Admin)






No comments:

Post a Comment

𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐.

 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐. Cagar emas anda di Ar Rahnu YaPEIM dan berpeluang sertai Ke...