Ar Rahnu YaPEIM Akses Muar kini rasmi dibuka.
Muar, 25 Mei 2022 - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Hj Idris Hj Ahmad yang merasmikan cawangan Ar Rahnu YaPEIM Muar, Johor memuji usaha yang dilakukan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dalam melebarkan sayap perniagaan dan teras sosioekonominya.
Pembukaan cawangan Ar Rahnu YaPEIM Akses ini menjadikan kini sebanyak 213 buah cawangan termasuk sembilan buah Ar Rahnu YaPEIM Akses (Mobile) di seluruh negara.
Ar Rahnu YaPEIM yang telah beroperasi selama 22 tahun bukan hanya menawarkan pinjaman mikro kredit sahaja malah turut menawarkan produk dan perkhidmatan lain seperti Akaun Emas YaPEIM (Akaun SERY), Khidmat Pembelian Emas (KPE), Tabung Ibadah Qurban YaPEIM (TAQY), Takaful Motor ETIQA, dan Ejen Bank Berdaftar (EBB) di beberapa cawangan terpilih serta perkhidmatan membayar zakat.
Pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Boleh klik link di bawah untuk lokasi Cawangan Ar Rahnu YaPEIM Akses Muar, Johor.
https://www.arrahnuyapeim.net/negeri/johor.
Bagi pelanggan yang Cagar barang kemas akan menyertai Kempen Pasti Menang Ar Rahnu YaPEIM & Kempen Memacu Kejayaan Bersama Usahawan.
Follow Channel Telegram
Ar Rahnu YaPEIM (Official):
https://t.me/ArRahnuYaPEIM\
Nota: Tertakluk pada terma dan syarat.