Tuesday, March 31, 2020

DOA - Mohon Petunjuk & Kejayaan

DOA - Mohon Petunjuk & Kejayaan.

#arrahnuyapeim #cepatmudahamanah #covid19 #stayathome

Satu Jam Bersama Al-Quran Setiap Hari

Satu Jam Bersama Al-Quran Setiap Hari

Ringankan lidah dengan membaca Al-QUran 1 jam setiap hari secara istiqomah.

Mudah-Mudahan ia menjadi kelaziman kita apabila tamat tempoh PKP kelak.

#arrahnuyapeim #covid19 #stayathome #socialdistancing #QuranHour

Monday, March 30, 2020

"jom ubah minda kita ke arah yg positif"

Minda memainkan peranan penting yg mendorong kepada tingkah laku seseorang. Jadi, bagi mengekalkan minda yangg sihat ketika Covid-19 ini,

"jom ubah minda kita ke arah yg positif"

Kredit : KKM

#arrahnuyapeim #covid19 #stayathome #socialdistancing


TERUSKAN BERDOA SEMOGA ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI

TERUSKAN BERDOA SEMOGA ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI.

#arrahnuyapeim  #covid19 #stayathome #teruskanberdoa


SELAMAT HARI DOKTOR SEDUNIA

SELAMAT HARI DOKTOR SEDUNIA

Andalah WIRA Barisan Hadapan tatkala dunia dibelenggu wabak Covid19

Ikhlas daripada Pemangku Ketua Pengarah, Pengurusan Utama serta Seluruh Warga YaPEIM

#arrahnuyapeim #covid19 #stayathome #socialdistancing #MUSAADAHCOVID19

Terima Kasih Andalah WIra Rakyat Malaysia

Terima Kasih
Andalah WIra Rakyat Malaysia.

#arrahnuyapeim #covid19 #StayAtHome #andalahwirakami


Sunday, March 29, 2020

Tips kepada ibubapa semasa Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19.

Tips kepada ibubapa semasa Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19.

Sumber : Majlis Keselamatan Negara

#arrahnuyapeim #covid19 #stayathome



Pasti sudah ada yang mula merindukan pasangan dan keluarga setelah sekian lama berjauhan

Pasti sudah ada yang mula merindukan pasangan dan keluarga setelah sekian lama berjauhan

Bertabahlah, kita semua sedang berjuang untuk kebaikan semua. Semoga perjuangan ini membuahkan hasil dan jangkitan dapat di perlahankan.
.
Syukurlah kita kini hidup di zaman teknologi, sekurang kurangnya nak berhubung bukan satu masalah.

Sumber: Public Health Malaysia

#arrahnuyapeim #covid19 #stayathome #socialdistancing #MUSAADAHCOVID19




‘Barang gadaian tak lebur sepanjang PKP’ – YaPEIM

‘Barang gadaian tak lebur sepanjang PKP’ – YaPEIM


Terima Kasih– Wilayahku



Pelanggan Ar Rahnu YaPEIM diberikan tempoh penangguhan sepanjang PKP

Pelanggan Ar Rahnu YaPEIM diberikan tempoh penangguhan sepanjang PKP

KUALA LUMPUR — Seramai 21,000 orang pemegang akaun gadaian Ar Rahnu YaPEIM di seluruh negara boleh menarik nafas lega apabila Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) membenarkan pengecualian bayaran upah simpan dan penangguhan penebusan barang gadaian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Pemangku Ketua Pengarah Yapeim, Parihah Hasan berkata, moratorium itu adalah bagi gadaian yang mencapai tempoh 10 bulan dan ia dibuat berikutan penutupan cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh Negara.
Bagaimanapun jelas beliau, penggadai perlu mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan iaitu membuat tebusan atau menukar surat gadaian dalam tempoh seminggu (7 hari bekerja) selepas arahan kerajaan tamat.
“Moratorium ini melibatkan 21,000 penggadai di seluruh Negara dengan jumlah pengecualian bayaran upah simpan sebanyak RM500,000.
“Mereka tidak perlu bimbang kerana barang kemas mereka tidak akan lebur, hanya perlu datang ke cawangan Ar Rahnu yang terdekat untuk membuat tukaran surat gadaian bermula 15 hingga 23 April nanti iaitu selepas tempoh PKP tamat,” katanya ketika dihubungi Wilayahku hari ini.
Dalam pada itu Parihah memberitahu moratorium tersebut dilaksanakan di bawah Pakej MusaadahCOVID19 Ar Rahnu YaPEIM selaras dengan hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
-BebasNews







YaPEIM benarkan pengecualian bayaran upah simpan barang gadaian.


YaPEIM benarkan pengecualian bayaran upah simpan barang gadaian.
Terima Kasih MALAYSIAGAZETTE.COM


https://malaysiagazette.com/2020/03/29/yapeim-benarkan-pengecualian-bayaran-upah-simpan-barang-gadaian/




Saturday, March 28, 2020

Berapa lamakah coronavirus boleh hidup dipermukaan?

Berapa lamakah coronavirus boleh hidup dipermukaan? Ini adalah beberapa permukaan yang kita ketahui setakat ini.

Sumber: Public Health Malaysia

#arrahnuyapeim #covid19 #stayathome #socialdistancing #MUSAADAHCOVID19



Munajat Tok Guru

Munajat Tok Guru
Ya Allah, Wahai Tuhan Kami,
Sembuhkanlah orang yang sakit dikalangan kami, dan Rahmatilah mereka yang telah meninggal dunia.
Amankanlah kami dalam tanah air kami ini.
Amin.. Ya Rabbal 'Alamiin
Sumber : JAKIM


Thursday, March 26, 2020

Doa Buat Seluruh Rakyat Malaysia

Doa Buat Seluruh Rakyat Malaysia
"Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya Allah"
"Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah Lindungilah kami, Selamatkanlah kami, Sejahterakanlah hidup kami"
Sumber: RTM & Majlis Keselamatan Negara

Dalam kita menghadapi Covid-19, pelbagai berita kita ikuti agar sentiasa ambil maklum keadaan semasa. Namun, jangan sesekali kita terjebak dengan 'Fake News'. Ia mampu menimbulkan panik dan menjadi satu kesalahan. Ingat tu ye.

Kredit Foto : artortoise

#covid19 #StayAtHome #katakantidakkepadafakenews


JUJUR : JANGAN SEMBUNYIKAN MAKLUMAT COVID-19

JUJUR : JANGAN SEMBUNYIKAN MAKLUMAT COVID-19.
Keprihatinan anda untuk kebaikan kita semua.
Kredit Foto : Kementerian Kesihatan Malaysia-Portal Myhealth

PANDUAN SOLAT HAJAT



PANDUAN SOLAT HAJAT
SAMA-SAMA BERDOA AGAR DIJAUHI DARI WABAK COVID-19 YANG MELANDA MALAYSIA DAN SELURUH NEGARA



PELAKSANAAN SOLAT HAJAT SERENTAK DI SELURUH NEGARA

PELAKSANAAN SOLAT HAJAT SERENTAK DI SELURUH NEGARA

1. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada 26 Mac 2020 telah menitahkan kepada saya agar memberikan cadangan untuk melaksanakan Solat Hajat serentak di seluruh negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

2. Berdasarkan taakulan saya - dengan ilham daripada-Nya - , tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan Solat Hajat serentak di seluruh Negara adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac 2020 bersamaan 2 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing.

3. Renungkanlah firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah: 186)

4. Maka, saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyahut titah KDYMM Tuanku Agong dengan melaksanakan Solat Hajat serentak di seluruh Negara adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac 2020 bersamaan 2 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing dan memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya. Kepada Allah SWT jua kita berserah.

YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
26 MAC 2020

-KENYATAAN MEDIA

#arrahnuyapeim #mymenteriagama #covid19 #stayathome #socialdistancing



Wednesday, March 25, 2020

Anda ada Asthma?

Anda ada Asthma? Jaga-jaga! Selain dari warga emas, darah tinggi, diabetes dan pesakit kanser, penghidap asma juga berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi dari jangkitan COVID-19.

Pastikan tahap Asthma anda terkawal. Teruskan makan ubat/ guna inhaler seperti yang disarankan doktor. Jika tidak terkawal,

sila dapatkan nasihat daripada doktor.

Sumber : Public Health Malaysia

#musaadahcovid19 #StayAtHome


Pakej MusaadahCOVID-19 Ar Rahnu YaPEIM


[NOTIS PENTING] Pakej MusaadahCOVID-19 Ar Rahnu YaPEIM

Pelanggan yang dihormati,

Merujuk kepada Pakej MusaadahCOVID-19 Ar Rahnu YaPEIM yang telah dikeluarkan sebelum ini, Pihak Pengurusan Ar Rahnu YaPEIM dengan ini melanjutkan penangguhan penebusan dan pengecualian bayaran upah simpan bagi barang gadaian yang mencapai tempoh sepuluh (10) bulan selaras dengan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari 18 Mac 2020 sehingga 14 April 2020.

Penebusan barang gadaian perlu dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh 15 April 2020.

Nota :- Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah tertakluk kepada tarikh yang diwartakan oleh kerajaan.

Pihak Pengurusan
Ar Rahnu YaPEIM

SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE-213

SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE-213
POLIS & MASYARAKAT Berpisah Tiada;
TERIMA KASIH WIRAKU Jasamu Dikenang
Ikhlas dr Pengerusi; Ahli LPA; Pemangku Ketua Pengarah serta seluruh Warga YaPEIM


Tuesday, March 24, 2020

Assalamualaikum & Selamat Pagi


Alhamdulillah, hari ini adalah HARI GAJI kan. Jangan lupa untuk menjaga jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain ketika di mesin ATM.

Kita mampu mencegah Covid-19.

Kredit Foto :  Jabatan Penerangan Negeri Selangor.

#covid19 #musaadahcovid19 #StayAtHome #socialdistancing



Please stay at home

Kami sentiasa ada demi anda... Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan ... Please stay at home...

#MinDefMalaysia

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia

#arrahnuyapeim
#covid19
#stayathome



Monday, March 23, 2020

Putuskan Rantaian Wabak

Rantaian Wabak
Ayuh!!! sama-sama kita putuskan rantaian ini, Dengan Duduk rumah. Lindungi diri dan keluarga. Kredit Foto : Persatuan Pengguna Islam Malaysia #arrahnuyapeim #cepatmudahamanah #covid19



Emosi juga harus dijaga dalam pandemik Covid-19.

Emosi juga harus dijaga
dalam pandemik Covid-19.
Kredit Foto :
Pertubuhan Kesejahteraan
Psikospiritual Malaysia






Sunday, March 22, 2020

PAKEJ MUSAADAH COVID-19 AR RAHNU YaPEIM

PAKEJ MUSAADAH COVID-19 AR RAHNU YaPEIM





Berikutan Penutupan cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh Negara selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 – 31 Mac 2020.

MORATOIUM
-Ar Rahnu YaPEIM membenarkan penangguhan penebusan bagi gadaian yang mencapai tempoh sepuluh (10) bulan semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
-Pengecualian bayaran upah simpan ke atas gadaian yang mencapai sepuluh (10) bulan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tersebut.

TERMA DAN SYARAT

Penebusan barang gadaian perlu dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh 1 April 2020.
Nota :- Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah tertakluk kepada tarikh yang diwartakan oleh kerajaan.

𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐.

 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐. Cagar emas anda di Ar Rahnu YaPEIM dan berpeluang sertai Ke...