Wednesday, September 26, 2018

YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL ISLAM) MELAWAT KAUNTER AR RAHNU YaPEIM CAWANGAN SIBU

KAPSUL YaPEIM EDISI 26 SEPTEMBER 2018 - Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ke Ar Rahnu YaPEIM Cawangan Semporna, Sabah.



YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL ISLAM) MELAWAT KAUNTER AR RAHNU YaPEIM CAWANGAN SIBU
Sibu - 03 September 2018 - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), YB Puan Hajah Fuziah Salleh, mengadakan lawatan kerja ke premis Ar Rahnu YaPEIM Cawangan Sibu, Sarawak hari ini.
Tujuan lawatan seumpama ini diadakan adalah bagi meninjau perkembangan pelaksanaan Ar Rahnu YaPEIM di bahagian ini. Turut hadir bagi menyambut kehadiran YB Timbalan Menteri adalah Pengarah Kanan Pembangunan Sosioekonomi dan Komunikasi Korporat, Tuan Haji Mohammad Zamri Zakaria dan Ketua Bahagian Operasi Ar Rahnu YaPEIM, En. Mohd Rizuan b. Mahadi.
Ar Rahnu cawangan Sibu merupakan sebuah cawangan pajak gadai Islam berstatus 'feeder', ianya terletak di kawasan luar bandar yang dihuni oleh puluh ribu penduduk. Lokaliti ini ditawarkan kepada mereka yang tinggal di kepulauan besar di sepanjang muara Sungai Rejang.
Ketika dihubungi, YB Timbalan Menteri menyatakan keyakinan beliau terhadap potensi besar Arrahnu YaPEIM berkembang dengan lebih maju di masa akan datang berdasarkan kepada perkembangan semasa dan sambutan yang amat memberansangkan.
Sejak dilancarkan pada 2000, Ar Rahnu YaPEIM terus berkembang dengan menawarkan 203 buah cawangan rangkaian premis statik pajak gadai Islam dan 9 buah kaunter bergerak di seluruh negara.
© Bahagian Komunikasi Korporat | Ahmad Rizwan Abdullah

Wednesday, September 19, 2018

AR RAHNU YaPEIM - KONSEP


Ar Rahnu YaPEIM telah mengabungkan tiga konsep syariah dalam perlaksanaan skim mikro kredit yang dikenali dengan Ar Rahn, Al Wadiah Yad Dhamanah dan Al Qard.Konsep pertama yang digunakan adalah Konsep Ar Rahn merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang yang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.Manakala Al Wadiah Yad Dhamanah adalah konsep kedua yang digunakan dimana ia merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan dan setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

Al Qard merupakan konsep ketiga yang digunapakai dan ia merujuk kepada pinjaman yang diberikan mengikut peratusan tertentu daripada nilai marhun dan upah simpan dikenakan tidak berasaskan jumlah pinjaman yang dikeluarkan.

TAHUKAH ANDA l SIFAT-SIFAT EMAS #Tahukahanda1.0 #ArRahnuYaPEIM #MemacuKejayaanBersama #CepatMudahdanAmanah


Tuesday, September 18, 2018

HARGA EMAS AR RAHNU YaPEIM 17 SEPTEMBER 2018

Harga Emas Ar Rahnu YaPEIM pada 17 SEPTEMBER 2018.
Dapatkan tawaran-tawaran hebat dan perkhidmatan kami di Cawangan Ar Rahnu YaPEIM serta di Perkhidmatan Kaunter Bergerak YaPEIM di seluruh negara.


#ArRahnuYaPEIM #CepatMudahAmanah #MemacuKejayaanBersama




Wednesday, September 5, 2018

HARGA EMAS [3 SEPTEMBER 2018]

Harga Emas Ar Rahnu YaPEIM pada 03 SEPTEMBER 2018.
Dapatkan tawaran-tawaran hebat dan perkhidmatan kami di Cawangan Ar Rahnu YaPEIM serta di Perkhidmatan Kaunter Bergerak YaPEIM di seluruh negara.

Tahniah kepada Pelanggan yang bertuah dan Terima Kasih atas maklumbalas anda



Syabas & Terima Kasih diatas maklumbalas yang diberikan, Rezeki tidak pernah salah alamat, cuma untuk dapat rezeki kita perlulah berusaha mengapainya..
InshaAllah ada rezeki dapat 1 gram Bar Emas 999.. Emas sepuluh tau..!!!

Jadiiii apa tunggu lagi...

Ayuh, Cagar Emas dan Menang,

Bar Emas ini mungkin milik anda,Kunjungi Cawangan Ar Rahnu YaPEIM serta di Perkhidmatan Kaunter Bergerak YaPEIM di seluruh negara.

Kempen Hadiah Bulanan : Mac - Disember 2018

Tertakluk kepada terma dan syarat.






Lawatan kerja YB Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri ke Cawangan Ar Rahnu YaPEIM Semporna, Sabah




Semporna 29 Ogos 2018 - Lawatan kerja YB Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ke Cawangan Ar Rahnu YaPEIM Semporna, Sabah.
Bersempena dengan lawatan itu juga, satu taklimat berkaitan perkembangan perlaksanaan Ar Rahnu YaPEIM di Sabah khususnya di Semporna telah disampaikan oleh Ybhg. Dato Abibullah Haji Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM
YB Timbalan Menteri juga berkesempatan melawat sekitar cawangan Ar Rahnu dan Kaunter Bergerak Ar Rahnu YaPEIM Semporna serta mendapat penerangan berkaitan operasinya.

Berhati-hati dengan "KILAUAN PALSU"



Kuala Lumpur: Hati-hati dengan kewujudan emas palsu di pasaran yang kebanyakan dibawa masuk dari negara jiran menggunakan label emas 916 dan berkualiti tinggi namun sebenarnya dicampur dengan bendasing.

Malah tidak mustahil ia turut dijual di kedai gah dan kompleks beli-belah bagi mengaburi mata pengguna tanpa menimbulkan sebarang syak kerana menyangkakan semua barangan kemas mutunya hampir sama dengan emas tulen.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Datuk Abibullah Samsudin berkata, sebanyak 4.4 juta transaksi gadaian emas direkodkan dari 2000 hingga Jun lalu di seluruh 212 cawangan Ar-Rahnu YaPEIM dan pihaknya mengesan 400 kes gadaian emas palsu berjumlah RM400,000 dilakukan sama ada oleh individu mahu pun sindiket.

“Jumlah ini diperoleh melalui pelanggan yang datang untuk menguji ketulenan emas berikutan kami mempunyai mesin teknologi sinar-X, alat densimeter, teknologi ultrasonik serta kaedah batu asah dan asid di cawangan Ar-Rahnu YaPEIM.

“Sejak penubuhan Ar-Rahnu YaPEIM pada 2000, sebanyak 4.4 juta transaksi gadaian emas dilakukan 3.3 juta pelanggan di semua cawangan membabitkan jumlah pinjaman RM8 bilion dengan nilai emas disimpan bernilai RM12 bilion,” katanya dalam temu bual bersama Harian Metro.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Ogos 2018 @ 11:47 AM



Kenali Ar Rahnu YaPEIM

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah Yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustees (Incorporation) Act 1952 bertujuan untuk menangani masalah masyarakat secara realistik, bersepadu, strategi dan profesional melalui usaha meningkatkan taraf sosioekonomi di samping membangunkan institusi Islam demi kepentingan pembangunan ummah. Koperasi YaPEIM Berhad (KYB), yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 02 Oktober 2000, telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program Mikro Kredit Ar Rahnu YaPEIM.
Pada 30 Januari 1985 satu Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju pada dasarnya dengan Rancangan Pajak Gadai Islam. Justeru itu, YaPEIM dan Bank Negara Malaysia telah mengambil satu inisiatif dalam menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Skim pada tahun 1992 bagi merealisasikan penubuhan Pajak Gadai Islam yang diperkenalkan dan dilaksanakan melalui Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (1993); Bank Islam Malaysia Berhad (1998) dan Koperasi YaPEIM Berhad (2000 - KINI).
Ar Rahnu YaPEIM telah mengabungkan tiga konsep syariah dalam perlaksanaan skim mikro kredit yang dikenali dengan Ar Rahn, Al Wadiah Yad Dhamanah dan Al Qard.
Konsep pertama yang digunakan adalah Konsep Ar Rahn merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang yang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Manakala Al Wadiah Yad Dhamanah adalah konsep kedua yang digunakan dimana ia merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan dan setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.
Al Qard merupakan konsep ketiga yang digunapakai dan ia merujuk kepada pinjaman yang diberikan mengikut peratusan tertentu daripada nilai marhun dan upah simpan dikenakan tidak berasaskan jumlah pinjaman yang dikeluarkan.
Ar Rahnu YaPEIM telah membuat satu inovasi bagi melancarkan pengoperasian yang dikenali sebagai PERKHIDMATAN KAUNTER BERGERAK AR RAHNU YAPEIM. Inovasi ini direalisasikan bagi menyantuni masyarakat secara lebih meluas bagi menjangkau lokaliti yang tidak mempunyai capaian cawangan statik dengan penambahbaikan perkhidmatan kaunter bergerak yang berperanan YaPEIM sebagai sebuah institusi Pembangunan Sosioekonomi Ummah dalam membantu Masyarakat meningkatkan taraf sosioekonomi melalui perkhidmatan Ar Rahnu YaPEIM.
Selaras dengan penubuhan perkhidmatan Kaunter Bergerak yang membawa tagline “Mendekatkan YaPEIM Kepada Anda” telah diperkenalkan secara berperingkat-peringkat sejak 28 Jun 2015. Sehingga kini, sebanyak tujuh (7) buah Perkhidmatan Kaunter Bergerak Ar Rahnu YaPEIM telah ditempatkan di beberapa Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) yang terpilih di seluruh negara iaitu meliputi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Selangor; Melaka & Negeri Sembilan; Perak; Kedah, Perlis & Pulau Pinang; Pahang; Terengganu dan Sabah.
Pendekatan ini merupakan langkah proaktif dan inovatif dalam menawarkan perkhidmatan Program Mikro Kredit Ar Rahnu (Pajak Gadai Islam) di lokaliti yang tidak mempunyai cawangan statik Ar Rahnu YaPEIM kepada masyarakat khususnya di kawasan-kawasan kekurangan kemudahan perbankan dan kemudahan lain yang diperlukan sebagai prasyarat kewujudan bagi sesebuah cawangan.
Antara peranan kaunter bergerak ini adalah sebagai sebuah Institusi Pembangunan Sosioekonomi Ummah Dalam Membantu Masyarakat Meningkatkan Taraf Sosioekonomi Melalui Perkhidmatan Ar Rahnu YaPEIM; menjadi sebuah Institusi Yang Komplemen Terhadap Usaha-Usaha Kerajaan Dalam Membangun Ekonomi Dan Mensejahterakan Rakyat; Meningkatkan Sistem, Kualiti Penyampaian, Kecekapan, Produktiviti merekayasa pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan masyarakat dan Nilai Tambah Kepada Perkhidmatan Ar Rahnu YaPEIM Melalui Cawangan Statik Kepada Kaunter Bergerak.
Rekabentuk PKBY berkonsepkan sebuah cawangan Ar Rahnu YaPEIM statik dimana ianya menitikberatkan aspek keselamatan dan keselesaan pelaggan. Selain dari itu, terdapat beberapa penambahan elemen inovasi pada ruang pemanduan, ruang urusniaga, ruang menunggu, ruang keselamatan dan ruang staf.
PKBY juga merupakan ‘pusat sehentian’ yang menghimpunkan kesemua produk atau informasi berkaitan YaPEIM serta agensi di mana para pengunjung dapat mengakses maklumat-maklumat serta perkhidmatan yang disediakan.
Pelbagai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh PKBY bagi menyantuni penduduk setempat dimana pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan percuma pengujian ketulenan emas dan cuci emas.
Selain itu, Perkhidmatan Pembelian dan Penjualan emas; Transaksi gadaian Ar Rahnu YaPEIM; Transaksi tabungan / simpanan Tabung Ibadah Qurban YaPEIM; Pembelian Produk Barang Kemas keluaran YaPEIM Gold; Urusniaga Akaun Simpanan Khas (Penyimpanan / Pengeluaran) juga disediakan.
Sehingga kini, jumlah program-program yang telah dilaksanakan adalah sebanyak 457 program dan PKBY telah menyantuni masyarakat seramai 46,691 Orang diseluruh negara.
- Ar Rahnu YaPEIM (Admin)






𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐.

 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐. Cagar emas anda di Ar Rahnu YaPEIM dan berpeluang sertai Ke...