Monday, August 31, 2020

 NORMA BAHARU MESYUARAT AGUNG KOPERASI YaPEIM BERHAD KALI KE 24

Kuala Lumpur, 29 Ogos 2020 - Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi YaPEIM Berhad (KYB) edisi ke-24 yang boleh disifatkan dilaksanakan dalam keadaan yang masih getir tatkala Negara masih belum bebas sepenuhnya dari cengkaman wabak Pandemik Covid 19.
Cabaran kali ini ternyata menguji fizikal dan mental memerah idea yang tuntas untuk menyatukan warga kerja yang lebih 1000 orang yang layak bersidang tanpa melanggar SOP dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan.
Natijahnya 10 lokasi mesyuarat yang setiap satu tidak melebihi 250 orang anggota disediakan mengikut lokasi yang telah dikenalpasti, menggunakan teknologi Video Conference yang dipancarkan secara langsung ke lokasi Utama di Dewan CIDB, Kuala Lumpur.
Inilah natijah yang terbaik diperolehi hasil daripada syura dikalangan Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi YaPEIM Berhad dengan tunjuk ajar dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), direstui pula Barisan Kepimpinan Utama YaPEIM yang bijaksana penuh komited dalam memastikan mesyuarat kali ini berjalan lancar.
Tahniah kepada semua anggota Koperasi atas komitmen dalam menunaikan tanggungjawab mereka hadir menjayakan mesyuarat kali ini.
Kredit Nukilan- Walid Amna
@Ar Rahnu YaPEIM

Friday, August 28, 2020

LAWATAN DARIPADA TOKOH PENTING DI DALAM SEJARAH PENUBUHAN PAJAK GADAI ISLAM DI MALAYSIA

Jln Kg Attap, Kuala Lumpur, 28 Ogos 2020- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menerima lawatan daripada tokoh penting di dalam sejarah penubuhan Pajak Gadai Islam di Malaysia, Ybhg. Tan Seri Dato Seri Nor Mohamed Yakcop serta Y.M Tengku Dato' Seri Hasmuddin Tengku Othman ke Ibu pejabat Ar Rahnu YaPEIM & Cawangan Ar Rahnu YaPEIM Kg Attap Serta Cawangan Ar Rahnu YaPEIM Akses (Mobil) pada hari ini.

Lawatan bertujuan
untuk melihat perkembangan YaPEIM dan Ar Rahnu YaPEIM dari awal penubuhan sehingga kini serta sumbangannya dalam pembangunan ekonomi ummah.

Lawatan pada hari ini disambut wakil daripada YaPEIM, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Pengurusan Utama YaPEIM serta Pengurusan Koperasi YaPEIM Berhad.
.
Disediakan oleh

©️Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Ar Rahnu YaPEIM.

#ArRahnuYaPEIM #Memacukejayaanbersama #CepatMudahAmanah


















Wednesday, August 5, 2020

Harga Emas Ar Rahnu YaPEIM pada 06 OGOS 2020.



Jom Sertai Kempen Cabutan Kesetiaan.
Subscribe dan Shared Youtube Channel Ar Rahnu YaPEIM
https://www.youtube.com/watch?v=KOzNERaGOYY

Kunjungi cawangan Ar Rahnu YaPEIM.

Perkhidmatan yang disediakan ↙
▶ KHIDMAT PEMBELIAN EMAS
▶ TAKAFUL KENDERAAN
▶ TABUNG IBADAH QURBAN
▶ PRODUK YaPEIM GOLD
▶ KAD PRIVILEGE YaPEIM



#ArRahnuYaPEIM #CepatMudahAmanah #hargaemas

𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐.

 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐. Cagar emas anda di Ar Rahnu YaPEIM dan berpeluang sertai Ke...