Sunday, June 14, 2020

PERTANDINGAN ARTIKEL PENDEK EMAS DAN AR RAHNU

Jom sertai Pertandingan Artikel Pendek

Tajuk : Emas & Ar Rahnu

BORANG PERADUAN PENULISAN ARTIKEL PENDEK BERTAJUK: EMAS DAN AR RAHNU KATEGORI UMUM https://forms.gle/HbN4mRmhbSerZrWa7

Peserta yang menang layak menerima hadiah seperti berikut:-

3XHadiah Utama (1Gram - Goldbar YaPEIM Gold)

3X Hadiah Tempat Kedua  (0.5Gram- Goldbar YaPEIM Gold)

10X Hadiah Saguhati - Cenderamata Barangan YaPEIM.

Pemenang juga akan mendapat keahlian privilege secara percuma (jika bukan ahli).

Rujuk Website:-
https://www.arrahnuyapeim.net/

#peraduanartikelpendek
#emasdanarrahnu
#arrahnuyapeim
#kadprivilegeyapeim
#memacukejayaanbersama


Saturday, June 13, 2020

WAKTU URUSNIAGA AR RAHNU YaPEIM UTC BERMULA 15 JUN 2020

PEMAKLUMAN SEMULA

Pelanggan yang dihargai, Bermula 15 JUN 2020,  Waktu Urusniaga Ar Rahnu YaPEIM UTC adalah seperti berikut:-

*Rujuk jadual di bawah.

#arrahnuyapeim
#memacukejayaanbersama
#waktuurusniagautc
#jun2020


Waktu Operasi Talian Hotline Ar Rahnu YaPEIM

Pemakluman Semula

Pelanggan Yang Dihargai,
Bermula 1
1 Jun 2020, Waktu Operasi Talian Hotline Ar Rahnu Adalah Seperti Berikut :

ISNIN – KHAMIS
9.00 pagi – 5.00 petang

JUMAAT
9.00 pagi – 12.30 tengah hari
2.30 petang – 5.00 petang
(Rehat 12.30 tengah hari – 2.30 petang)

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM
(Tidak Beroperasi)

Untuk sebarang pertanyaan, permasalahan dan cadangan boleh diajukan ke emel  khidmatpelangganARY@gmail.com

Sebarang perkembangan terbaru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Segala kesulitan amat dikesali.

Terima kasih di atas sokongan Anda kepada Ar Rahnu YaPEIM.


#arrahnuyapeim
#pemaklumansemula
#jun2020



Wednesday, June 10, 2020

PEMAKLUMAN SEMULA


Waktu Urusniaga Cawangan Ar Rahnu YaPEIM Bermula 11 JUN 2020 adalah seperti berikut:-

Isnin - Jumaat (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
9.00 Pagi - 4.30 Petang

Ahad - Khamis (Terengganu & Kelantan)
9.00 Pagi - 4.30 Petang

*Nota : Kecuali Cawangan Ar Rahnu YaPEIM Di UTC

Sebarang perkembangan terbaru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

#arrahnuyapeim
#memacukejayaanbersama
#pkpp


Sunday, June 7, 2020

𝗗𝗜𝗥𝗚𝗔𝗛𝗔𝗬𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨



Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 8 Jun 2020 Bersamaan 16 Syawal 1441H.


#ArRahnuYaPEIM
#jun2020
#memacukejayaanbersama
#daulattuanku
#dirgahayutuanku


Thursday, June 4, 2020

Ar-Rahnu YaPEIM tawar produk baharu, bantu pelanggan pasca Covid-19


INISIATIF Ar-Rahnu YaPEIM yang prihatin dengan nasib rakyat yang terkesan akibat Covid-19, mendorong pengendali perkhidmatan pajak gadai patuh syariah itu tampil memperkenal pakej menarik yang melegakan setiap pelanggannya.

Pengenalan Pakej Musaadah Covid-19 Ar-Rahnu YaPEIM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja telah meringankan beban 21,000 pelanggannya yang mencapai tempoh gadaian 10 bulan malah turut menarik minat pelanggan baharu untuk berurus niaga.

Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihan Hasan berkata, pendekatan itu secara tidak langsung mendorong pelanggan berkunjung ke beberapa cawangan terpilih Ar-Rahnu YaPEIM di seluruh negara untuk urusan gadaian.

“Kebanyakan mereka hadir bagi mendapat pembiayaan tunai mudah untuk sara hidup dengan melihat keadaan semasa masyarakat memilih mencairkan aset barang kemas mereka.

“Walaupun awalnya, operasi seluruh cawangan Ar-Rahnu YaPEIM ditutup mulai 18 Mac selaras dengan PKP namun setelah kebenaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk beroperasi,
maka cawangan yang terpilih dibuka pada 16 April 2020 dan ia menjadi tumpuan ramai pelanggan,” katanya kepada Wilayahku di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, seperti kebiasaannya, kebanyakan pelanggan Ar-Rahnu YaPEIM hadir ke cawangan pada bulan Ramadan untuk menebus kembali barang gadaian selain ada pelanggan membuat
transaksi gadaian untuk membeli barang keperluan Aidilfitri.

Sementara itu, tempoh moratorium Ar-Rahnu YaPEIM sepanjang tempoh PKP membolehkan pengecualian caj upah simpan dan pelanjutan tempoh penebusan gadaian dinikmati 21,000 pelanggan membabitkan jumlah nilai sebanyak RM500,000.

Mengulas lanjut mengenainya, Parihah berkata, mulai 18 Mac 2020 sehingga 14 April 2020 sebanyak RM51.5 juta nilai marhun emas terlibat dalam pemberian moratorium melalui Pakej Musaadah Covid-19 Ar-Rahnu YaPEIM berbanding jumlah nilai pengecualian bayaran upah simpan setengah juta ringgit.

“Jadi pengenalan Pakej Musaadah Covid-19 Ar-Rahnu YaPEIM membantu ringankan beban kewangan pelanggan yang capai tempoh gadaian 10 bulan dan ke atas dalam tempoh PKP.

“Selain itu, bermula Jun ini, Ar-Rahnu YaPEIM telah memperkenalkan beberapa produk baharu seperti Ar-Rahnu Bisnes YaPEIM, Ar-Rahnu Didik YaPEIM dan Ar-Rahnu Emas YaPEIM yang menawarkan margin dan jumlah pembiayaan lebih tinggi berbanding produk sedia ada sebagai memenuhi permintaan kumpulan sasar,” katanya.

Kredit : Wilayah Ku

#arrahnuyapeim
#memacukejayaanbersama
#produkbaru
#margintinggi
#percumaupahsimpan
#musaadahcovid19
#moratarium




Sunday, May 31, 2020

PRODUK BARU AR RAHNU YaPEIM

Jom Menggadai Di Ar Rahnu YaPEIM

Khidmat Cuci Emas Secara Percuma
Margin Pembiayaan Sehingga 80%
Upah Simpan Harian Serendah 0.03 Sen Sehari

*Tertakluk terma & syarat

#arrahnuyapeim
#produkbaru
#memacukejayaanbersama



𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐.

 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐. Cagar emas anda di Ar Rahnu YaPEIM dan berpeluang sertai Ke...