Wednesday, September 5, 2018

Berhati-hati dengan "KILAUAN PALSU"



Kuala Lumpur: Hati-hati dengan kewujudan emas palsu di pasaran yang kebanyakan dibawa masuk dari negara jiran menggunakan label emas 916 dan berkualiti tinggi namun sebenarnya dicampur dengan bendasing.

Malah tidak mustahil ia turut dijual di kedai gah dan kompleks beli-belah bagi mengaburi mata pengguna tanpa menimbulkan sebarang syak kerana menyangkakan semua barangan kemas mutunya hampir sama dengan emas tulen.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Datuk Abibullah Samsudin berkata, sebanyak 4.4 juta transaksi gadaian emas direkodkan dari 2000 hingga Jun lalu di seluruh 212 cawangan Ar-Rahnu YaPEIM dan pihaknya mengesan 400 kes gadaian emas palsu berjumlah RM400,000 dilakukan sama ada oleh individu mahu pun sindiket.

“Jumlah ini diperoleh melalui pelanggan yang datang untuk menguji ketulenan emas berikutan kami mempunyai mesin teknologi sinar-X, alat densimeter, teknologi ultrasonik serta kaedah batu asah dan asid di cawangan Ar-Rahnu YaPEIM.

“Sejak penubuhan Ar-Rahnu YaPEIM pada 2000, sebanyak 4.4 juta transaksi gadaian emas dilakukan 3.3 juta pelanggan di semua cawangan membabitkan jumlah pinjaman RM8 bilion dengan nilai emas disimpan bernilai RM12 bilion,” katanya dalam temu bual bersama Harian Metro.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Ogos 2018 @ 11:47 AM



No comments:

Post a Comment

𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐.

 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐. Cagar emas anda di Ar Rahnu YaPEIM dan berpeluang sertai Ke...