Wednesday, February 12, 2020

YaPEIM kesan 500 cubaan tipu emas


Kuala Lumpur: Sebanyak 500 kes cubaan menipu emas fizikal semasa transaksi gadaian direkodkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) termasuk membabitkan emas logam tungsten.
Data itu dikumpulkan YaPEIM sejak tahun 2001 dan ia masih dikesan berlaku sehingga kini.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, penipuan membabitkan gadaian Ar-Rahnu YaPEIM itu adalah 0.01 peratus daripada 5 juta bilangan transaksi pelanggan.
Menurutnya, bilangan kes dicatatkan agak kecil berbanding nilai dan transaksi gadaian namun secara umumnya tidak membabitkan sebarang kerugian kerana urus niaga dihentikan sebaik sahaja ketulenan emas diragui.
Katanya, bagi mengelakkan penipuan berlaku, Ar-Rahnu YaPEIM konsisten mengusahakan perniagaan YaPIEM Gold sejak 2012 dengan menggunakan peralatan pengujian ketulenan dan ketumpatan emas serba moden dan berteknologi tinggi.
“YaPElM mengorak langkah menggunakan mesin pengujian emas tepati standard teknologi mulai tahun 2010 di semua cawangan Ar-Rahnu yang membabitkan kos mahal bagi mengelak pelanggan tertipu dan memastikan kualiti emas disimpan terjamin.
“Selain magnet dan densimeter, alat pengujian emas berteknologi Jerman seperti
(XRF) dan turut digunakan bagi fasa komersial dalam urusniaga YaPEIM Gold.
“Semua alatan ini diuji dan disahkan mengikut standard piawaian Sirim setiap setahun sekali dalam aspek ketepatan sebelum ia dibenarkan beroperasi,” katanya.
Beliau turut mengakui, penggunaan alatan mesin pengujian berkenaan banyak membantu YaPEIM mengesan penipuan emas, sekali gus meminimumkan risiko kes kerugian.
“Alatan ini saling melengkapi kerana setiap mesin pengujian mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dalam aspek bacaan ketepatan dan ketumpatan emas.
“Setiap kakitangan Ar-Rahnu YaPEIM juga wajib melengkapkan prosedur operasi standard (SOP) saring emas menggunakan teknologi XRF yang turut memaparkan maklumat kandungan emas.
“Kaedah ini nyata lebih telus serta selamat bagi mengelak sebarang kes penipuan,” katanya.
  • Harian Metro
  • 13 Feb 2020

No comments:

Post a Comment

𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐.

 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐. Cagar emas anda di Ar Rahnu YaPEIM dan berpeluang sertai Ke...