KENYATAAN MEDIA
PEMBUKAAN
CAWANGAN AR RAHNU YaPEIM
SEPANJANG
TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
melalui Pelaksana Ar Rahnu YaPEIM iaitu Koperasi YaPEIM Berhad akan memulakan
operasi di cawangan-cawangan Ar Rahnu YaPEIM terpilih di seluruh Negara selaras
dengan kebenaran pelaksanaan operasi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM) telah memberi kebenaran premis Ar
Rahnu Koperasi beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM) telah membenarkan Koperasi Ar Rahnu beroperasi selama dua (2)
hari dalam seminggu dan tempoh masa operasi adalah dihadkan kepada jam 09.00
pagi hingga 02.00 petang sahaja.
Ar Rahnu
YaPEIM akan beroperasi pada setiap Hari
Isnin dan Khamis bermula pada 16 April 2020 (Khamis) dengan waktu
urusniaga dihadkan daripada pukul 9.00
pagi sehingga 2.00 petang di 147 buah
cawangan terpilih di seluruh Negara. (senarai 147 cawangan terpilih boleh didapati di Laman Web Rasmi www.arrahnuyapeim.net dan Facebook aryofficial.my)
Selaras dengan saranan dan arahan daripada Kerajaan
Malaysia, Pihak Koperasi YaPEIM Berhad telah menetapkan beberapa garis panduan
yang ketat dan perlu dipatuhi oleh pelanggan ketika berurusan di cawangan Ar
Rahnu YaPEIM seperti berikut:-
i.
Pemeriksaan suhu badan setiap
petugas dan pelanggan sebelum masuk berurusan.
ii.
Petugas dan pelanggan wajib
memakai topeng muka dan ‘hand sanitizer’
sebelum berurusan.
iii.
Pemakaian sarung tangan oleh
petugas.
iv.
Mengamalkan penjarakan sosial
(1 meter) sama ada di dalam premis mahupun di luar premis ketika beratur dengan
membuat penandaan had jarak setiap pelanggan dan had jarak dengan kaunter
urusniaga.
v.
Hanya tiga (3) orang pelanggan
yang dibenarkan untuk berada di dalam premis untuk berurusan dalam sesuatu
masa.
vi.
Melakukan disinfeksi setiap
permukaan/tempat yang kerap disentuh dan cawangan perlu berada dalam kedaan
bersih.
Para pelanggan Ar Rahnu YaPEIM adalah dipohon untuk
memberikan kerjasama sepertimana yang telah ditetapkan dalam memberhentikan
penularan wabak Covid-19. Dengan pengoperasian cawangan Ar Rahnu YaPEIM dalam
tempoh PKP ini, diharap dapat membantu para pelanggan mahupun masyarakat dalam
memperoleh tunai segera bagi kelangsungan kehidupan seharian.
Untuk pemakluman semasa
sila layari laman sosial rasmi Ar Rahnu YaPEIM
Terima kasih di
atas sokongan semua pihak terhadap YaPEIM. Sekian.
YBHG. PUAN
PARIHAH HASAN
PEMANGKU KETUA
PENGARAH YaPEIM
13 April 2020 /
19 Sya’aban 1441H
No comments:
Post a Comment