Pelanggan yang dihargai,
Merujuk kepada Pakej MusaadahCOVID-19 Ar Rahnu YaPEIM yang telah dikeluarkan sebelum ini, Pihak Pengurusan Ar Rahnu YaPEIM dengan ini melanjutkan penangguhan penebusan dan pengecualian bayaran upah simpan bagi barang gadaian yang mencapai tempoh sepuluh (10) bulan selaras dengan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari 18 Mac 2020 sehingga 28 April 2020.
Penebusan barang gadaian perlu dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh 29 April 2020.
Nota :- Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah tertakluk kepada tarikh yang diwartakan oleh kerajaan.
Pihak Pengurusan
Ar Rahnu YaPEIM
#arrahnuyapeim
#cepatmudahamanah
#covid19
#stayathome
No comments:
Post a Comment