NOTIS PENTING
Pelanggan yang dihargai,
Untuk makluman, Ar Rahnu YaPEIM tidak
pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk pelanggan membuat pembayaran upah simpan
/ penebusan secara atas talian atau sebagainya sewaktu dalam tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP).
Merujuk kepada Pakej MusaadahCOVID-19 Ar Rahnu YaPEIM yang telah
dikeluarkan sebelum ini, Pihak Pengurusan Ar Rahnu YaPEIM telah melanjutkan
penangguhan penebusan dan pengecualian bayaran upah simpan bagi barang gadaian
yang mencapai tempoh sepuluh (10) bulan selaras dengan lanjutan tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari 18 Mac 2020 sehingga 14
April 2020.
Untuk maklumat lanjut,
emel ke arrahnu@yapeim.my
Sebarang perkembangan akan
dimaklumkan di Laman Sosial dan Laman Web rasmi Ar Rahnu YaPEIM.
Terima kasih diatas
sokongan seihak terhadap Ar Rahnu YaPEIM.
Sekian, Harap Maklum.
Pihak Pengurusan
Ar Rahnu YaPEIM
Ar Rahnu YaPEIM
No comments:
Post a Comment