Thursday, May 7, 2020

AR RAHNU VS PAJAK GADAI

AR RAHNU vs PAJAK GADAI

Bermula 4 Mei 2020, apabila Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), maka masyarakat tentunya merasakan bahawa kekangan kewangan yang mereka hadapi adalah antara perkara penting yang harus diselesaikan. Taraf ekonomi, sosial dan latar belakang yang berbeza setiap daripada mereka terutamanya kepada Ketua Isi Rumah (KIR) menyebabkan mereka yang terkesan dengan PKP yang dilaksanakan perlu mencari alternaltif kepada kaedah bagaimana untuk mendapatkan sumber kewangan segera/ alternaltif dalam waktu sekarang.

Pelbagai coretan dan hantaran gambar yang dimuat naik di media sosial, beratur dengan ramai dan betapa panjangnya barisan untuk giliran masuk bagi melakukan urusan penggadaian. Ar Rahnu mahupun Pajak Gadai konvensional. Kedua-duanya sama sahaja.

Bagi masyarakat yang memerlukan tunai segera, barang kemas yang dimiliki boleh dijadikan cagaran. Tetapi perbezaan yang jelas, pemilihan Ar Rahnu mestilah diutamakan kerana ianya adalah patuh syariah dan tidak ‘berat sebelah’. Banyak lagi sebenarnya kelebihan-kelebihan lain selain yang dinyatakan. Cuma, sebagai seorang muslim, mencari yang patuh syariah itu sudah semestinya menjadi kewajipan setiap daripada kita semua. YaPEIM menyediakan perkhidmatan Ar Rahnu melalui Ar Rahnu YaPEIM yang dilaksanakan melalui Koperasi YaPEIM Berhad.

AR RAHNU YaPEIM adalah salah satu pelopor Ar Rahnu di Malaysia, dan mungkin boleh dijadikan pilihan utama masyarakat untuk bermuamalah sistem kewangan Islam ini. Mempunyai 212 buah cawangan meliputi seluruh negara, sudah tentu perkhidmatan ini sudah tidak asing lagi kepada masyarakat terutama kepada mereka yang pernah berurusan menggunakan perkhidmatan ini. Tapi untuk waktu PKPB ini, hanya beberapa cawangan tertentu sahaja beroperasi. Walau seramai manapun pelanggan yang datang untuk berurusan, SOP yang ditetapkan perlu dipatuhi.

Mungkin hari ini ada di antara kita yang belum berkeperluan menggunakan perkhidmatan ini, jika ada kenalan kita yang mencari penyelesaiannya, info ini boleh dikongsikan. Semoga sedikit sebanyak ianya menjadi dakwah kita.

“AR RAHNU YaPEIM. CEPAT, MUDAH & AMANAH”

KREDIT : YaPEIM (Official)





No comments:

Post a Comment

𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐.

 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐. Cagar emas anda di Ar Rahnu YaPEIM dan berpeluang sertai Ke...