Pelanggan yang dihargai,
Merujuk kepada Pakej MusaadahCOVID-19 Ar Rahnu YaPEIM sebelum ini, pemberian Moratorium adalah dikira bermula 18 MAC 2020 sehingga 15 MEI 2020 bagi pengecualian bayaran upah simpan untuk gadaian yang mencapai tempoh sepuluh (10) bulan dan ke atas.
Enam (6) Cawangan Ar Rahnu YaPEIM di UTC diteruskan pengecualian bayaran upah simpan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi gadaian yang mencapai tempoh sepuluh (10) bulan dan ke atas sehingga cawangan beroperasi semula.
Senarai cawangan UTC seperti berikut:-
i) UTC Pahang
ii) UTC Kedah
iii) UTC Perak
iv) UTC Sabah
v) UTC Sarawak
vi) UTC Kuala Lumpur
TERMA DAN SYARAT
Penebusan barang gadaian perlu dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja seperti berikut:-
(CAWANGAN KELANTAN & TERENGGANU )
17 MEI 2020 SEHINGGA 28 MEI 2020
(CAWANGAN SEMENANJUNG, SABAH & SARAWAK)
18 MEI 2020 SEHINGGA 28 MEI 2020
Nota :- Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah tertakluk kepada tarikh yang diwartakan oleh kerajaan.
Pihak Pengurusan
Ar Rahnu YaPEIM
#arrahnuyapeim #cepatmudahamanah #covid19
#musaadahcovid19
No comments:
Post a Comment