Menyediakan kemudahan mikro kredit secara mudah, cepat dan amanah kepada masyarakat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah untuk kegunaan sebagai modal perniagaan secara kecil-kecilan dan lain-lain aktiviti yang produktif bagi membangun sosioekonomi ummah. Sebagai alternatif kepada masyarakat untuk memenuhi keperluan tunai melalui transaksi gadaian yang berlandaskan hukum syarak.
Monday, July 20, 2020
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN CABUTAN KESETIAAN AR RAHNU YaPEIM 2020
BUKIT JELUTONG, 20 Julai 2020 - Ar Rahnu YaPEIM melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini mengadakan Majlis Pelancaran Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM 2020 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Pn Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM bertempat di Kaunter Ar Rahnu YaPEIM Cawangan Bukit Jelutong, Selangor.
Majlis Pelancaran ini diadakan bersempena ulangtahun YaPEIM Ke 36 bagi memberipenghargaan kepada para pelanggan Ar Rahnu YaPEIM yang setia dan kekal memilih Ar Rahnu YaPEIM serta bakal pelanggan baharu.
Cabutan Kesetiaan ini juga adalah pendekatan mempromosi Ar Rahnu YaPEIM dan memperkenalkan produk-produk pelengkap yang ditawarkan di cawangan-cawangan Ar Rahnu YaPEIM.
Kempen yang telah bermula sejak 01 Julai 2020 hingga 31Disember 2020 menawarkan hadiah lumayan berupa bar emas 576 keping yang bernilai RM200,000.00 bakal menanti para pelanggan bertuah Ar Rahnu YaPEIM.
Semua pelanggan setia dan bakal pelanggan Ar Rahnu YaPEIM layak menyertai kempen dengan hanya membuat transaksi seperti berikut:
1) Transaksi Gadaian dengan nilai Marhun RM1,000.00 dan ke atas
2) Transaksi jualan/belian barang kemas dengan nilai RM1,000.00 dan ke atas
3) Transaksi Tabung Ibadah Qurban YaPEIM
4) Transaksi Etiqa Takaful
5) Belian Produk YaPEIM Gold
6) Pendaftaran Ahli Privilege YaPEIM
Teruskan kesetiaan anda bersama Ar Rahnu YaPEIM dan nikmati pelbagai manfaat dan ganjaran istimewa yang ditawarkan.
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi Hotline 1300-88-1230 atau layari laman sesawang di www.arrahnuyapeim.net atau kunjungi Cawangan Ar Rahnu YaPEIM yang berdekatan anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐.
𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐. Cagar emas anda di Ar Rahnu YaPEIM dan berpeluang sertai Ke...
-
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah Yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 da...
-
𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐. Cagar emas anda di Ar Rahnu YaPEIM dan berpeluang sertai Ke...
No comments:
Post a Comment