Friday, August 28, 2020

LAWATAN DARIPADA TOKOH PENTING DI DALAM SEJARAH PENUBUHAN PAJAK GADAI ISLAM DI MALAYSIA

Jln Kg Attap, Kuala Lumpur, 28 Ogos 2020- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menerima lawatan daripada tokoh penting di dalam sejarah penubuhan Pajak Gadai Islam di Malaysia, Ybhg. Tan Seri Dato Seri Nor Mohamed Yakcop serta Y.M Tengku Dato' Seri Hasmuddin Tengku Othman ke Ibu pejabat Ar Rahnu YaPEIM & Cawangan Ar Rahnu YaPEIM Kg Attap Serta Cawangan Ar Rahnu YaPEIM Akses (Mobil) pada hari ini.

Lawatan bertujuan
untuk melihat perkembangan YaPEIM dan Ar Rahnu YaPEIM dari awal penubuhan sehingga kini serta sumbangannya dalam pembangunan ekonomi ummah.

Lawatan pada hari ini disambut wakil daripada YaPEIM, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Pengurusan Utama YaPEIM serta Pengurusan Koperasi YaPEIM Berhad.
.
Disediakan oleh

©️Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Ar Rahnu YaPEIM.

#ArRahnuYaPEIM #Memacukejayaanbersama #CepatMudahAmanah


















No comments:

Post a Comment

𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐.

 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐. Cagar emas anda di Ar Rahnu YaPEIM dan berpeluang sertai Ke...