Tuesday, October 6, 2020

JASAMU DIKENANG


SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT PENERIMA ANUGERAH SEMPENA ULANG TAHUN AR RAHNU YaPEIM KE-20


KUALA LUMPUR, 6 OKTOBER 2020 – Koperasi YaPEIM Berhad melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) buat julung kalinya menyambut ulang tahun Ar Rahnu YaPEIM ke-20 sejak mula beroperasi pada 2 Oktober 2000. Majlis sambutan yang diadakan di Ibu Pejabat Ar Rahnu YaPEIM Kampung Attap dihadiri Tokoh Ar Rahnu, Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Rakan Strategik dan Media.


Objektif pelaksanaan sambutan ulang tahun ini sebagai penghargaan kepada KYB dalam 20 tahun penubuhan Program Mikro Kredit Ar Rahnu selain menjadi platform penyebaran informasi kepada masyarakat dan kumpulan sasar berhubung kewujudan  Ar Rahnu YaPEIM dan produk ditawarkan.


Majlis julung kali diadakan ini juga mencipta sejarah apabila Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dianugerahkan sebagai Tokoh Ar Rahnu atas jasa yang disumbangkan beliau dalam pembangunan sektor pajak gadai Islam di Malaysia.


Penganugerahan ini juga cukup signifikan memandangkan pengalaman yang ada pada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop terutama ketika berada di Bank Negara dan ketika mengetuai Kementerian Kewangan.


Ar Rahnu YaPEIM turut memberi penghargaan istimewa kepada Pengerusi Pertama Koperasi YaPEIM Berhad iaitu Tuan Haji Mokhtar bin Abdul Razak dan Pengurus Cawangan Pertama iaitu Puan Rosilawati binti Sian.


Selain itu, pelanggan setia dengan nilai marhun tertinggi di Ar Rahnu YaPEIM  cawangan Kampung Attap iaitu Encik Mohd Rizal bin Man juga diraikan.


Turut berlangsung majlis pelancaran Ar Rahnu YaPEIM Akses (Mobile) yang akan menggantikan nama Perkhidmatan Kaunter Bergerak YaPEIM (PKBY) yang telah diwujudkan pada 28 Jun 2015. - Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Ar Rahnu YaPEIM.









No comments:

Post a Comment

𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐.

 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐. Cagar emas anda di Ar Rahnu YaPEIM dan berpeluang sertai Ke...