Monday, November 9, 2020

Salam Takziah & Al Fatihah Frontliner Ar Rahnu YaPEIM

 Salam Takziah & Al Fatihah Frontliner Ar Rahnu YaPEIM


ALLAHYARHAMAH NUR ZALEHAN BALKISH BINTI ABDUL MAJID 


telah kembali ke rahmatullah pada 10 November 2020


" Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman"



ALLAHYARHAMAH NUR ZALEHAN BALKISH BINTI ABDUL MAJID 

telah kembali ke rahmatullah pada 10 November 2020

” Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman”

KEMATIAN YANG TAK TERDUGA

Kematian yang tak terduga ini berlaku kerana ianya muncul sekelip mata di hadapan mata kami yang melihat. Hebat Allah mengajar kami hari ini.Hari ini saya tersentak,Hari ini saya terkesima, Hari ini saya terpaku,Hari ini saya menangis,Hari ini saya juga menahan sebak.Saat menulis status ini pun saya masih sebab, menggigil dan tergiang-ngiang akan kejadian tadi.Sebab pagi tadi saya nampak dengan mata kepala saya sendiri yang mana sakaratul maut itu terjadi dihadapan saya.

Kejadian ini berlaku beberapa meter sahaja dari rumah saya sendiri di Kampung Keru, Tampin, Negeri Sembilan.Ada beberapa orang yang lalu di kawasan kemalangan ini maklumkan kepada kami tentang situasi ini untuk dapatkan beberapa lagi bantuan orang kampung bagi menyelamatkan mangsa yang telah pun dihempap oleh pokok kayu yang sangat besar.Terkejut sangat dapat berita ini, jadi kami usahakan hubungi seberapa banyak bantuan yang boleh:Ada yang bantu call ambulans, Ada yang bantu call bomba, Ada yang bantu call balai polis, Ada yang bantu call JPAM,Ada juga yang bantu call TNB sebab nak berikan bantuan yang terbaik buat mangsa di tempat kejadian.

Kami bagi warga Kampung Keru usahakan juga yang terbaik pada awalnya sebelum semua bantuan yang kami telah hubungi sampai dengan mengusahakan beberapa kudrat tenaga dan kepakaran yang kami ada untuk menyelamatkan masa.Ada yang cuba tenangkan mangsa,Ada yang bantu usaha untuk keluarkan mangsa.Ada yang berlari pulang untuk ambil chainsaw bagi memotong pohon kayu yang telah menghempap mangsa dan kereta. Semuanya telah kami lakukan dengan terbaik sekali. Namun Allah lebih menyayangi beliau dan beliau meninggal di tempat kejadian.Saya ingat sampai sekarang.๐Ÿ˜ญNamun kami tak berdaya nak keluarkan secepatnya sebab pokok itu betul betul tepat menghempap arwah. Kira-kira dalam 10 tan macam tu.

Saat awal kejadian berlaku arwah masih ada,namun Allah lebih menyayangi hamba-Nya yang disayangi ini untuk pergi menghadap-Nya.Saya cemburu dan banyak belajar dari cara pemergian beliau, sebab saat saya update di group besar daerah kami ramai kawan, keluarga dan sahabat yang bercerita tentang kebaikkan dan amalan arwah.Katanya beliau sangat baik, selalu berzikir, selalu berdamping dengan ibunya dan tak lekang dengan menyantuni ramai orang dan saat kejadian ini berlaku pun beliau dalam perjalanan menceri rezeki halal bagi melaksanakan tugas sebagai pekerja di pejabat Ar-Rahnu YaPEIM Daerah Tampin.

Jihad hebat beliau ke tempat kerja ini, saya yakin sangat diredhai oleh Allah s.w.t. Saya belajar sesuatu hari ini. Arwah meninggal dunia ketika berumur 27 tahun dan mengajar saya juga bahawa dalam hidup ajal dan maut ini tidak boleh dijangka sebab tidak kira tua ataupun muda pasti diambil oleh Allah s.w.t pada waktu dan saat yang tepat.Untuk pengetahuan,malam semalam juga saya baru lalu juga di tempat yang sama ini. Allah beri ruang untuk saya terus belajar dengan hikmah dan terus mengubah diri.Allah sayang kita semua.

MashAllah kagum sangat dengan arwah punya kebaikkan. Banyak saya belajar dengan hikmah kejadian hari ini.Saat melihat situasi arwah diselematkan pun beliau punya perjalanan yang sangat mudah untuk menghadap Ilahi. Dijaga rapi oleh semua yang membantu dari hujung kepala ke hujung kaki.Saya yakin ini berkat amalan yang diusahakan oleh beliau selama ini.

Semoga tenang di sana nanti.Semuanya mudah,Semuanya lancar,Semuanya teratur,Ramai orang bantu arwah.Doakan Allahyarhamah Nor Zalehan Balqish binti Abdul Majid yang berasal dari Kampung Ulu Yoh Baru Tampin diberkati perjalanannya bagi menghadap Ilahi.Doakan dan sedekahkan Al-Fatihah buat beliau ya semua๐Ÿคฒ๐ŸปTakziah buat keluarga arwah ya.Saya dan semua doakan yang terbaik buat kalian. Ameen.

Tulus dari hati,
Zaki Zainal,
Yang melihat dengan mata dan hati kejadian ini pagi tadi,
sebak tanpa henti (sampai sekarang saya masih sayu dan terngiang-ngiang)
10 November 2020 I 14:55

https://www.facebook.com/photo?fbid=2859201057516254&set=a.343043072465411

No comments:

Post a Comment

๐‡๐š๐ซ๐ ๐š ๐„๐ฆ๐š๐ฌ ๐€๐ซ ๐‘๐š๐ก๐ง๐ฎ ๐˜๐š๐๐„๐ˆ๐Œ ๐ฉ๐š๐๐š ๐ŸŽ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ.

 ๐‡๐š๐ซ๐ ๐š ๐„๐ฆ๐š๐ฌ ๐€๐ซ ๐‘๐š๐ก๐ง๐ฎ ๐˜๐š๐๐„๐ˆ๐Œ ๐ฉ๐š๐๐š ๐ŸŽ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ. Cagar emas anda di Ar Rahnu YaPEIM dan berpeluang sertai Ke...