Tuesday, April 13, 2021

Pelanggan Setia Ar Rahnu YaPEIM Menang Cabutan Kesetiaan.

Pelanggan Setia Ar Rahnu YaPEIM Menang Cabutan Kesetiaan.


Petaling Jaya, 13 April 2021 : Seramai 192 pelanggan bertuah Ar Rahnu YaPEIM memenangi satu gram wafer emas setiap seorang dalam Majlis Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM 2021 yang berlangsung di ibu pejabat yayasan, semalam


Kesemua pemenang dipilih bagi kempen cabutan untuk tempoh Januari sehingga Mac 2021 bagi cabutan suku tahunan kali pertama.


Cabutan telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid dan Pengerusi Koperasi YaPEIM Berhad, Mohamad Fozi Bin Hj Tunggal dibuat secara langsung dan disiarkan terus di laman sosial Facebook Ar Rahnu YaPEIM – Kop.YaPEIM Bhd.


Pemenang bertuah akan dihubungi dalam masa terdekat oleh Pengurus Cawangan Ar Rahnu YaPEIM.


Kempen yang bermula pada 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021 ini menawarkan Hampir 1.5 Kilo Emas untuk di menangi. 

 

Hadiah Utama berupa set barang kemas bernilai RM 50,000.00. Hadiah kedua 11 set barang kemas bernilai RM10,000.00 setiap satu dan hadiah suku tahunan 768 wafer emas dengan berat satu gram setiap satu.


Cabutan suku tahunan ini akan dibuat setiap tiga bulan sekali iaitu yang pertama pada bulan ini seterusnya pada Julai, Oktober dan yang terakhir pada Januari 2022.


Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM 2021 boleh ke laman sosial rasmi Ar Rahnu YaPEIM.


Disediakan oleh: 

Unit Pemasaran Koperasi YaPEIM Berhad









No comments:

Post a Comment

𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐.

 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐. Cagar emas anda di Ar Rahnu YaPEIM dan berpeluang sertai Ke...