YaPEIM melalui Ar Rahnu YaPEIM menyokong penuh Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin Perdana Menteri Malaysia dengan menyediakan Kemudahan Pembiayaan Mikro Kredit Ar Rahnu YaPEIM melalui produk Ar Rahnu Bisnes bagi menyokong kelangsungan perniagaan.
Had Pinjaman Maksimum sebanyak RM150,000 dan Margin Pembiayaan setinggi 80% akan dapat membantu peniaga sebagai modal segera untuk perniagaan.
Peniaga yang memerlukan modal segera boleh terus ke 212 cawangan Ar Rahnu YaPEIM seluruh Malaysia.
Layari laman sesawang rasmi Ar Rahnu YaPEIM untuk info lanjut:
arrahnuyapeim.net
Ar Rahnu YaPEIM sentiasa menambahbaik mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa di mana akan datang terdapat inisiatif baru bagi masyarakat mendapatkan modal perniagaan dengan gadaian barang kemas di Ar Rahnu YaPEIM khusus kepada golongan wanita yang berniaga (Usahawan Wanita) melalui produk Ar Rahnu BizNita.
Antara kelebihan produk akan datang Ini pelanggan layak untuk mendapat pakej-pakej di bawah Program Pembangunan Usahawan YaPEIM seperti business coaching, networking, pembiayaan InspirasiBiaya, Persijilan Halal dan lain-lain.
Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk memasarkan dan menjual produk secara atas talian di platform e-Dagang YaPEIM iaitu YaPEIMall secara percuma. Platform ini menyediakan asas jaringan dan rantaian bekalan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan usahawan yang dilengkapi dengan kemudahan pembayaran atas talian dan integrasi khidmat penghantaran.
Pelanggan juga layak menyertai cabutan bertuah Ar Rahnu YaPEIM dan layak mendapat insentif di bawah Program Akaun Emas YaPEIM (SERY) , Apresiasi sebagai Ikon Usahawan Ar Rahnu YaPEIM serta berpeluang juga menjadi usahawan emas YaPEIM.
Diharapkan dengan pelbagai inisiatif yang direncanakan oleh pihak YaPEIM akan dimanfaatkan oleh setiap golongan masyarakat.
Follow Channel Telegram
Ar Rahnu YaPEIM (Official):
https://t.me/ArRahnuYaPEIM\
Tertakluk pada terma dan syarat.
No comments:
Post a Comment