Thursday, September 24, 2020

Perjanjian Persefahaman (MoU) YaPEIM - BIMB

Alhamdulillah selepas sekian lama hubungan baik YaPEIM - BIMB terjalin, akhirnya satu kerjasama baharu bakal dimeterai pada hari ini iaitu “The Business Strategic Alliance Of Holistic Islamic Financial Products & Services Solutions To The Malaysian Society” yang mana ia dinoktahkan melalui perjanjian persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani sebentar tadi. Saya yakin kerjasama ini dapat meneroka peluang yang lebih luas bagi kedua-dua pihak kelak.

Dari sudut YaPEIM saya yakin pelaksanaan ini  akan memberi impak dan kelebihan yang baik dalam meningkatkan ruang kerjasama dengan institusi kewangan serta memperkasakan lagi aktiviti Bisnes, Sosial Bisnes YaPEIM dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Amal Jariah YaPEIM.
 
Saya melihat antara impak yang bakal diperolehi YaPEIM adalah institusi ini dapat mempelbagaikan produk di cawangan Ar Rahnu YaPEIM dan meningkatkan pendapatan bagi program-program yang bersesuaian dengan rancangan kerjasama. Selain itu saya percaya YaPEIM bakal menerima kemudahan pembiayaan dan simpanan tetap dengan kadar yang bersesuaian, Insya-Allah.
 
Bagi BIMB pula impak yang bakal diperoleh adalah menerusi peningkatan kepada kecapaian pemegang akaun atau bakal pelanggan BIMB melalui kewujudan cawangan Ar Rahnu YaPEIM di lokasi yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan (undeserved) khususnya di kawasan luar bandar. Dalam masa yang sama MoU ini akan memanfaatkan BIMB untuk meneroka peluang kerjasama bagi program-program tanggung jawab CSR melalui program-program Sosio Ekonomi dan Amal Jariah YaPEIM.

Dari aspek tadbir urus hal ehwal Islam, Kerajaan sentiasa komited untuk memperkasa ekonomi unmah melalui kerjasama dan persefahaman pintar yang bakal menatijahkan manfaat yang besar kepada umat Islam di Malaysia.


Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM 2020

 "Puan Hariana dah Menang, Anda bila lagi, 

Jom ke Ar Rahnu YaPEIM"


Puan Hariana Hashim 

Pemenang CABUTAN KESETIAAN Ar Rahnu YaPEIM 2020 Caw. BAYAN PERMAI, Pulau Pinang bagi bulan Julai-Ogos.




Tuesday, September 22, 2020

Harga Emas Ar Rahnu YaPEIM pada 23 September 2020.

Jom Sertai Kempen Cabutan Kesetiaan.


Subscribe dan Shared Youtube Channel Ar Rahnu YaPEIM

https://www.youtube.com/watch?v=KOzNERaGOYY

Kunjungi cawangan Ar Rahnu YaPEIM.


Perkhidmatan yang disediakan ↙

▶ KHIDMAT PEMBELIAN EMAS

▶ TAKAFUL KENDERAAN

▶ TABUNG IBADAH QURBAN

▶ PRODUK YaPEIM GOLD

▶ KAD PRIVILEGE YaPEIM


#ArRahnuYaPEIM #CepatMudahAmanah #hargaemas



Thursday, September 17, 2020

Tahniah dan Syabas Pemenang Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM 2020

 



Tahniah dan Syabas Pemenang Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM 2020

➡️Senarai Pemenang Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM bagi bulan Julai-Ogos 2020.
📌📆Sila buat tuntutan hadiah di cawangan Ar Rahnu YaPEIM mengikut senarai dibawah dalam tempoh 15 hari termasuk hari cuti dari tarikh pemakluman ini.
Terima Kasih atas sokongan anda kepada Ar Rahnu YaPEIM.

Tuesday, September 15, 2020




SELAMAT HARI MALAYSIA

Hari Malaysia yang diraikan setiap 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Walaupun di mana kita berada, pastinya ucapan Selamat Hari Malaysia sebagai tanda tanda ingatan buat mereka yang cintakan tanah air ini. 

Walaupun tahun 2020 kita lalui dengan penuh cabaran, namun dengan semangat perpaduan pelbagai bangsa dan budaya di negara ini pastinya akan kita tempuhi bersama-sama. 

Semoga negara kita segera bebas dari wabak covid-19 yang melanda negara ini.
Amin Ya Rabbal A’lamin. 

Friday, September 11, 2020

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA

 Cawangan Ar Rahnu YaPEIM TIDAK BEROPERASI mulai 11 SEPTEMBER 2020 HINGGA 25 SEPTEMBER 2020. Cawangan terlibat adalah seperti berikut;


i. Cawangan Mergong

ii. Cawangan Kuala Kedah

iii. Cawangan UTC Kedah

iv. Cawangan Alor Setar




Tuesday, September 8, 2020

MAJLIS CABUTAN KESETIAAN AR RAHNU YaPEIM DAN PENGUMUMAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN AR RAHNU YaPEIM i-PROTECT

 192 pelanggan bertuah bawa pulang wafer emas






Petaling Jaya, 07 September - Seramai 192 pelanggan bertuah Ar-Rahnu YaPEIM memenangi satu gram wafer emas setiap seorang dalam Majlis Cabutan Kesetiaan Ar-Rahnu YaPEIM 2020 yang dilakukan di ibu pejabat yayasan itu di sini, hari ini.


Kesemua pemenang dipilih bagi kempen cabutan untuk tempoh Julai dan Ogos 2020.


Cabutan yang dibuat secara langsung serta ditayangkan terus di laman sosial Facebook ‘YaPEIM (Official)’ itu dilakukan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid dan Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah Hasan.


Pemenang bertuah akan dihubungi dalam masa terdekat oleh pihak pengurusan Ar-Rahnu YaPEIM.


Parihah berkata, kempen yang bermula pada 1 Julai 2020 hingga 31 Disember tahun ini menawarkan 576 wafer emas dengan berat satu gram setiap satu berjumlah hampir RM200,000.


“Cabutan ini akan dibuat dua bulan sekali iaitu yang pertama pada bulan ini seterusnya pada November dan yang terakhir pada Januari 2021.


“Alhamdulillah sebanyak 100,356 transaksi telah direkod menyertai kempen cabutan bagi tempoh Julai dan Ogos 2020,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat YaPEIM, di sini.


Sementara itu, Parihah memberitahu Ar-Rahnu YaPEIM dengan kerjasama Etiqa Takaful akan melaksanakan perkhidmatan Ar-Rahnu YaPEIM i-Protect dalam masa terdekat.


Katanya, Ar-Rahnu YaPEIM i-Protect adalah produk baru yang menawarkan perkhidmatan takaful bagi transaksi gadaian yang dilakukan di semua cawangan Ar-Rahnu YaPEIM.


“Kita adalah Ar-Rahnu pertama menawarkan perkhidmatan takaful perlindungan terhadap transaksi gadaian dengan nilai perlindungan serendah RM1.25 untuk setiap RM1,000 nilai marhun  (nilai barang kemas) bagi tempoh perlindungan sehingga 12 bulan selagi transaksi tidak ditebus.


“Kelebihannya ialah melindungi barang kemas milik pelanggan sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti kematian dan kecacatan kekal sekali gus mengurangkan beban kewangan ditanggung waris dalam mendapatkan semula barang gadaian,” katanya.


Kredit: 

Bahagian Komunikasi Korporat YaPEIM


#arrahnuyapeim

#Yapeim #Memacukejayaanbersama

#Keyapeiman

Monday, August 31, 2020

 NORMA BAHARU MESYUARAT AGUNG KOPERASI YaPEIM BERHAD KALI KE 24

Kuala Lumpur, 29 Ogos 2020 - Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi YaPEIM Berhad (KYB) edisi ke-24 yang boleh disifatkan dilaksanakan dalam keadaan yang masih getir tatkala Negara masih belum bebas sepenuhnya dari cengkaman wabak Pandemik Covid 19.
Cabaran kali ini ternyata menguji fizikal dan mental memerah idea yang tuntas untuk menyatukan warga kerja yang lebih 1000 orang yang layak bersidang tanpa melanggar SOP dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan.
Natijahnya 10 lokasi mesyuarat yang setiap satu tidak melebihi 250 orang anggota disediakan mengikut lokasi yang telah dikenalpasti, menggunakan teknologi Video Conference yang dipancarkan secara langsung ke lokasi Utama di Dewan CIDB, Kuala Lumpur.
Inilah natijah yang terbaik diperolehi hasil daripada syura dikalangan Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi YaPEIM Berhad dengan tunjuk ajar dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), direstui pula Barisan Kepimpinan Utama YaPEIM yang bijaksana penuh komited dalam memastikan mesyuarat kali ini berjalan lancar.
Tahniah kepada semua anggota Koperasi atas komitmen dalam menunaikan tanggungjawab mereka hadir menjayakan mesyuarat kali ini.
Kredit Nukilan- Walid Amna
@Ar Rahnu YaPEIM

Friday, August 28, 2020

LAWATAN DARIPADA TOKOH PENTING DI DALAM SEJARAH PENUBUHAN PAJAK GADAI ISLAM DI MALAYSIA

Jln Kg Attap, Kuala Lumpur, 28 Ogos 2020- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menerima lawatan daripada tokoh penting di dalam sejarah penubuhan Pajak Gadai Islam di Malaysia, Ybhg. Tan Seri Dato Seri Nor Mohamed Yakcop serta Y.M Tengku Dato' Seri Hasmuddin Tengku Othman ke Ibu pejabat Ar Rahnu YaPEIM & Cawangan Ar Rahnu YaPEIM Kg Attap Serta Cawangan Ar Rahnu YaPEIM Akses (Mobil) pada hari ini.

Lawatan bertujuan
untuk melihat perkembangan YaPEIM dan Ar Rahnu YaPEIM dari awal penubuhan sehingga kini serta sumbangannya dalam pembangunan ekonomi ummah.

Lawatan pada hari ini disambut wakil daripada YaPEIM, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Pengurusan Utama YaPEIM serta Pengurusan Koperasi YaPEIM Berhad.
.
Disediakan oleh

©️Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Ar Rahnu YaPEIM.

#ArRahnuYaPEIM #Memacukejayaanbersama #CepatMudahAmanah


















Wednesday, August 5, 2020

Harga Emas Ar Rahnu YaPEIM pada 06 OGOS 2020.



Jom Sertai Kempen Cabutan Kesetiaan.
Subscribe dan Shared Youtube Channel Ar Rahnu YaPEIM
https://www.youtube.com/watch?v=KOzNERaGOYY

Kunjungi cawangan Ar Rahnu YaPEIM.

Perkhidmatan yang disediakan ↙
▶ KHIDMAT PEMBELIAN EMAS
▶ TAKAFUL KENDERAAN
▶ TABUNG IBADAH QURBAN
▶ PRODUK YaPEIM GOLD
▶ KAD PRIVILEGE YaPEIM



#ArRahnuYaPEIM #CepatMudahAmanah #hargaemas

𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐.

 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐. Cagar emas anda di Ar Rahnu YaPEIM dan berpeluang sertai Ke...