Monday, October 8, 2018

Senarai Pemenang Bertuah Hadiah bulanan Bar Emas Ar Rahnu YaPEIM bagi bulan September 2018

🗣️Tahniah dan Syabas
🤗
➡️kepada semua pelanggan bertuah Ar Rahnu YaPEIM. Anda telah berjaya memenangi hadiah bulanan Bar Emas Ar Rahnu YaPEIM bagi bulan September 2018.

📌📆Sila buat tuntutan hadiah di cawangan Ar Rahnu YaPEIM mengikut senarai dibawah dalam tempoh 15 hari termasuk hari cuti dari tarikh pemakluman ini.

🤗Terima Kasih dan Tahniah pelanggan yang dihargai.

🏢🏛️Kunjungi Ar Rahnu YaPEIM dan anda berpeluang memenangi Lebih RM500,000.00 nilai hadiah Bar Emas.

Harga Emas Ar Rahnu YaPEIM pada 08 Oktober 2018

Harga Emas Ar Rahnu YaPEIM pada 08 Oktober 2018. Dapatkan tawaran-tawaran hebat dan perkhidmatan kami di Cawangan Ar Rahnu YaPEIM serta di Perkhidmatan Kaunter Bergerak YaPEIM di seluruh negara.


Thursday, October 4, 2018




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kurniakan Kami Rahmat Dari sisimu. Dan Berilah Petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk.
Mudahkanlah Urusan Kami Ya Allah, Permudahkanlah jangan disulitkan, kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu,
Ya Allah sempurnakanlah dengan segala kebaikan dengan rahmatmu, Ya Allah Wahai Yang Paling Mengasihani Daripada Segala yang mengasihani.
Amin Ya Rabal Al Amin

Wednesday, October 3, 2018

Harga Emas Ar Rahnu YaPEIM pada 01 Oktober 2018

Harga Emas Ar Rahnu YaPEIM pada 01 Oktober 2018.
Dapatkan tawaran-tawaran hebat dan perkhidmatan kami di Cawangan Ar Rahnu YaPEIM serta di Perkhidmatan Kaunter Bergerak YaPEIM di seluruh negara.

Wednesday, September 26, 2018

YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL ISLAM) MELAWAT KAUNTER AR RAHNU YaPEIM CAWANGAN SIBU

KAPSUL YaPEIM EDISI 26 SEPTEMBER 2018 - Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ke Ar Rahnu YaPEIM Cawangan Semporna, Sabah.



YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL ISLAM) MELAWAT KAUNTER AR RAHNU YaPEIM CAWANGAN SIBU
Sibu - 03 September 2018 - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), YB Puan Hajah Fuziah Salleh, mengadakan lawatan kerja ke premis Ar Rahnu YaPEIM Cawangan Sibu, Sarawak hari ini.
Tujuan lawatan seumpama ini diadakan adalah bagi meninjau perkembangan pelaksanaan Ar Rahnu YaPEIM di bahagian ini. Turut hadir bagi menyambut kehadiran YB Timbalan Menteri adalah Pengarah Kanan Pembangunan Sosioekonomi dan Komunikasi Korporat, Tuan Haji Mohammad Zamri Zakaria dan Ketua Bahagian Operasi Ar Rahnu YaPEIM, En. Mohd Rizuan b. Mahadi.
Ar Rahnu cawangan Sibu merupakan sebuah cawangan pajak gadai Islam berstatus 'feeder', ianya terletak di kawasan luar bandar yang dihuni oleh puluh ribu penduduk. Lokaliti ini ditawarkan kepada mereka yang tinggal di kepulauan besar di sepanjang muara Sungai Rejang.
Ketika dihubungi, YB Timbalan Menteri menyatakan keyakinan beliau terhadap potensi besar Arrahnu YaPEIM berkembang dengan lebih maju di masa akan datang berdasarkan kepada perkembangan semasa dan sambutan yang amat memberansangkan.
Sejak dilancarkan pada 2000, Ar Rahnu YaPEIM terus berkembang dengan menawarkan 203 buah cawangan rangkaian premis statik pajak gadai Islam dan 9 buah kaunter bergerak di seluruh negara.
© Bahagian Komunikasi Korporat | Ahmad Rizwan Abdullah

Wednesday, September 19, 2018

AR RAHNU YaPEIM - KONSEP


Ar Rahnu YaPEIM telah mengabungkan tiga konsep syariah dalam perlaksanaan skim mikro kredit yang dikenali dengan Ar Rahn, Al Wadiah Yad Dhamanah dan Al Qard.Konsep pertama yang digunakan adalah Konsep Ar Rahn merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang yang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.Manakala Al Wadiah Yad Dhamanah adalah konsep kedua yang digunakan dimana ia merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan dan setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

Al Qard merupakan konsep ketiga yang digunapakai dan ia merujuk kepada pinjaman yang diberikan mengikut peratusan tertentu daripada nilai marhun dan upah simpan dikenakan tidak berasaskan jumlah pinjaman yang dikeluarkan.

TAHUKAH ANDA l SIFAT-SIFAT EMAS #Tahukahanda1.0 #ArRahnuYaPEIM #MemacuKejayaanBersama #CepatMudahdanAmanah


𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐.

 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐚𝐏𝐄𝐈𝐌 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟎𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐. Cagar emas anda di Ar Rahnu YaPEIM dan berpeluang sertai Ke...